Friday, May 1, 2009

TOPIK 2: AKTA KETERANGAN

>TUJUAN:
=Menakrifkan undang-undang dari segi keterangan
=Membantu menjelaskan penjenisan keterangan

>FUNGSI:
=menentukan jenis2 keterangan yg boleh diterima oleh mahkamah.
=cara membuktikannya.
=nilai yg boleh diberikan kpd keterangan tersebut.

>3 BAHAGIAN:
=kerelevanan sesuatu fakta:
-bermula dari seksyen 5 hingga 55.
-sesuatu fakta yg hendak diterima masuk oleh mahkamah akan melalui ujian kerelevanan.
=cara pembuktian:
-bermula dari seksyen 58 hingga 100.
-cara pembuktian melalui keterangan lisan & keterangan dokumen.
=pengemukaan dan kesan sesuatu keterangan:
-bermula seksyen 101 hingga 169.

>TAFSIRAN:

=’fakta’:
-Apa-apa benda, keadaan benda atau hubungan benda yang boleh ditanggap dengan pancaindera.
-Apa-apa keadaan mental yang disedari seseorang.

=`Suratan’ - ertinya apa-apa hal yang dinyatakan atau diterangkan atas apa-apa benda dengan cara menggunakan huruf, angka atau tanda;

=`keterangan’ – segala kenyataan yang dibenarkan dan segala suratan yang dikemukakan

=’releven’ - Fakta dikatakan relevan dengan suatu fakta lain apabila fakta itu mempunyai hubungan dengan yang lain itu dengan mana-mana satu cara yang tersebut dalam peruntukan akta.

=’terbukti’ – setelah menimbang perkara dihadapannya bhwa fakta itu wujud.

=’terbukti sebaliknya’ – setelah menimbang perkara dihadapannya bhwa fakta itu tidak wujud.

=’anggapan’ – boleh meminta bukti, terbukti, membuktikan sebaliknya fakta itu.

=’mahkamah’:
-Ertinya mahkamah Tinggi, mahkamah sesyen, atau mana-mana peringkat mahkamah majistret, mengikut konteknya.
-Meliputi : a) Hakim, b)Hakim Mahkamah Seksyen c) Majistret d) tiap-tiap orang yang diberi kuasa menurut undang-undang mengambil keterangan.

=`nyataan’ :
-sesuatu, keadaan sesuatu atau hubungan sesuatu yang boleh diketahui dengan deria;
-apa-apa keadaan fikiran yang disedari oleh seseorang;

>FAKTA:
-2 jenis fakta:
=fakta dalam isu
=fakta2 yang relevan

>FAKTA DLM ISU:
-fakta yg ditegaskan didlm suatu prosiding.
-sbnrnya, FDI dlm jenayah adlh merujuk kpd ‘mens rea’ dan ‘actus reus’ perlakuan jenayah.

>FAKTA2 RELEVAN:
-fakta sokongan kpd FDI.
-ia hendaklah dpt dibuktikan mempunyai kaitan dgn FDI.

>KERELEVANAN:
-semua fakta yg relevan secara prima facie boleh diterima masuk oleh mahkamah sebagai keterangan
-keterangan yg diberikan hendaklah hanyalah yg berkenaan dgn FDI.
-satu perhubungan di antara 2 fakta yg menyebabkan wujudnya anggapan bhwa FDI berkemungkinan sekali utk wujud.
-jenis keterangan yg tidak relevan:
=hearsay
=pendapat dan lain2.

>TAHAP PEMBUKTIAN
-Untuk mendapat sabitan dalam sesuatu kes jenayah pihak pendakwa hendaklah membuktikan kesnya pada tahap melampaui keraguan munasabah.
-Bagi kes jenayah tahap pembuktian pada akhir kes pendakwaan dimana kejadian berlaku selepas 31/1/1997 adalah pada tahap ‘prima facie’ – Lihat Sek. 173(f) dan 180 KPJ.
-Sebelum pindaan peruntukkan tersebut tahap pembuktian pada akhir kes pendakwaan adalah melampaui keraguan munasabah.( Proof beyond reasonable doubt ) Rujuk kes Khoo Hi Chiang dan Arulpragasam.

>KETERANGAN BOLEH DIBERI MELALUI:
=lisan [sek 59 – 60]
=dokumen [sek 61 – 100]
=pakar [sek 45 – 51]
=watak [sek 52 – 55]
=mengikut keadaan
=’hear say’
=langsung
=sebenar
=Keterangan yg akui terima oleh mahkamah [sek 34 – 44]

>KETERANGAN LISAN:
-keterangan yg diberikan oleh mana2 orang yg dipanggil sebagai saksi untuk member pernyataan di hadapan mahkamah (sek 3 (a)).
-keterangan boleh diberi secara lisan @ jika bisu @ cacat boleh beri isyarat (saksi bisu – sek 119).
-Sek. 59 AK - Segala fakta, kecuali kandungan
dokumen-dikumen, boleh dibuktikan dengan keterangan
lisan.
-Sek. 60(1) AK - Keterangan lisan mestilah secara langsung [dilihat, didengar, ditanggap melalui deria, suatu pendapat / alasan-alasan].

> KETERANGAN LANGSUNG:
-Ia adalah keterangan yang diberikan oleh seseorang saksi yang
menanggap kewujudan sesuatu fakta melalui pancainderanya.
-Sek. 60 AK memperuntukkan bahawa segala keterangan lisan
hendaklah diberi secara langsung.
-Contohnya :
=A dituduh membunuh B. C nampak A menikam B. Keterangan C memberitahu mahkamah bahawa A menikam B adalah keterangan langsung.

>KETERANGAN MENGIKUT KEADAAN:
-Ia adalah satu bentuk keterangan yang mengelilingi sesuatu kes
dan keterangan jenis ini akan timbul apabila tidak terdapat
mana-mana pihak yang melihat sesuatu kejadian itu berlaku.
-Contohnya :
=A menikam B. C tidak lihat kejadian penikaman itu
tetapi telah nampak A melarikan diri dari tempat kejadian
dimana B dijumpai mati tertikam. Keterangan C adalah
keterangan mengikut keadaan.
-Dalam kes-kes keterangan mengikut keadaan, mahkamah perlu
membuat anggapan tentang perlakuan fakta dalam isu kerana
tiada saksi yang melihat kejadian tersebut berlaku.

>KONSEP BEBAN BUKTI:
-Beban pembuktian adalah frasa yang digunakan untuk
menerangkan tugas yang terletak keatas sesuatu pihak
untuk mewujudkan satu kes atau satu fakta.
-Bagi kes jenayah beban pembuktian adalah terletak
kepada pehak pendakwaan manakala dalam kes sibil
beban tersebut terletak pada pihak plaintif.
-Sek. 101 AK memperuntukan mengenai beban untuk
mewujudkan kes atau beban undang-undang.
-Sek. 102 AK adalah berkaitan dengan beban untuk
membawa keterangan atau beban keterangan.

>PERANAN ANGGAPAN:
-Anggapan statutori yang terdapat dalam undang-undang
memain peranan mengalihkan beban pembuktian daripada
satu pehak kepada pehak lawan.
-Contoh:
=anggapan yang terdapat didalam Akta Dadah Berbahaya 1952.
=anggapan yang terdapat dibawah Akta Makanan 1983.

>KETERANGAN DOKUMENTARI:
-tafsiran sila rujuk pd sek 3.
-keterangan yg dikemukakan di mahkamah dalam bentuk dokumen.
-prinsip2:
=dokumen2 yg digunakan utk pembuktian di mahkamah hendaklah memenuhi keperluan sek 61 hingga 74.
=secara amnya, dokumen2 hendaklah dokumen asal (primer) @ sekunder pd keadaan tertentu.

>KETERANGAN PRIMER:
-dokumen itu sendiri yg dikemukakan utk pemeriksaan mahkamah (sek 62).
-keterangan dokumen yg dikeluarkan oleh computer adalah primer dgn memenuhi kehendak sek 90 A, 90 B dan 90 C.

>KETERANGAN SEKUNDER:
-sek 63: meliputi:
=salinan diperakui
=salinan drp naskah asal
=salinan disbanding dgn naskah asal
-sek 65:
=dokumen asal dibuktikan sebaliknya.
=dokumen dibuktikan secara bertulis.
=dokumen asal diperakui salinannya.
-sek 70: dokumen awam:
=dokumen yg mengandungi tindakan @ rekod tindakan:
+kuasa perintah berdaulat.
+badan rasmi & tribunal
+pegawai awam, kehakiman, perundangan dan eksekutif
+rekod awam
-sek 76: salinan diperakui bg dokumen awam:
-diberi apabila diminta.
-apabila dibayar
-perakuan salinan diakui sah

>KETERANGAN SEBENAR:
-Ia termasuk benda-benda yang dibawa kemahkamah bagi
tujuan pemeriksaan. Sebagai contoh, didalam kes bunuh,
keterangan sebenar boleh berupa senjata yang digunakan
untuk membunuh, seperti pisau, pistol kayu dll.
-Didalam kesalahan dibawah Akta Perhutanan 1984,
keterangan sebenar berupa bulldozer, excavator, gergaji
berantai dll.
-Keterangan sebenar juga termasuk fakta-fakta yang diperolehi
apabila mahkamah membuat lawatan untuk melihat tempat
kejadian.

>KETERANGAN PAKAR:
-sek 45 hingga 51.
-saksi akan member keterangan berkenaan dgn fakta sesuatu perkara @ insiden yg berlaku didlm kes2 sivil @ jenayah.
-keterangan yg diberikan adlh bersdrkn kpd apa yg dilihat, dgr dan rasa.
-pakar blh beri pendpt dlm sesuatu bidang.
-kategori keterangan pakar:
=keterangannya berdsrkn fakta yg diberikan di mahkamah.
=menerangkan aspek teknikal.
=Berdsrkn penerbitan & deskripsi yg memerlukan kepakaran.
-aspek utama dlm menentukan seseorg dipanggil pkr:
=pengalaman
=mahir
=terlatih
-keterangan pakar semasa perbicaraan:
=kompetensi:
+kebiasaan.
+keperluan syarat @ tahap kepakaran, sama ada dicapai melalui pembelajaran @ pengalaman.
+kelayakan – akademik
+latar belakang
+sejarah

>KETERANGAN WATAK:
-sek 52 – 55
-keterangan boleh diberi hanya mengenai reputasi pembawaan yg am.

>KETERANGAN ‘HEAR SAY’:
-sek 60 mengatakan semua keterangan lisan mestilah secara lisan. Jadi apa2 keterangan lisan drg ckp tidak boleh diterima.
-walaubagaimanapun tidak semua penegasan yg dibuat oleh seseorg yg tidak dipanggil sebagai saksi di mahkamah akan terjumlah kpd keterangan hearsay.
-Ia hendaklah dilihat dari sudut tujuan pengemukaan keterangan tersebut.

>KETERANGAN YG DIAKUI TERIMA OLEH MAHKAMAH:
-sek 34 – 44.
-keterangan bertulis yg diberi.
-bila catatan dlm buku akaun relevan – perlu keterangan tambahan.
-kerelevanan catatan did lm rekod awam yg dibuat atas kewajiban.
-peta, carta dan pelan.
-udg2 parlimen.
-warta kerajaan.

>LAIN2 KETERANGAN:
-Keterangan Sokongan- keterangan tambahan yang diperlukan sebelum sabitan. Sek 134 AK
-Keterangan Pendapat- pada amnya tidak boleh diterima kecuali oleh pakar dan kadang-kadang ‘non-expert’ Sek. 45-51 AK
-Keterangan Watak- tidak boleh diterima kecuali dalam keadaan tertentu. Lihat Sek. 52 AK
-Pengakuan Salah – tidak boleh diterima kecuali diperolehi tanpa ugutan, paksaan atau perjanjian. Sek. 24 AK

>PERUNTUKKAN AKTA
=Keterangan boleh diberi mengenai nyaan
=Pegakuan dan pengakuan bersalah
=Kenyataan oleh orang-orang yang tidak boleh dipanggil sebagai saksi
=Sebanyak mana kenyataan dikehendaki dibuktikan
=Keputusan-keputusan Mahkamah Keadilan bila berkaitan
=Watak bila berkaitan
=Nyataan yang perlu dibuktikan
=Darihal keterangan lisan
=Darihak keterangan suratan
=Suratan-suratan am
=Darihal penyingkiran keterangan lisan oleh keterangan suratan
=Darihal beban membuktikan – atas siapakah letaknya beban membuktikan
=Darihal saksi – siapa yang boleh memberi keterangan
=Darihal pemeriksaan saksi – susunan pengemukaan dan pemeriksaan saksi
=Darihal penerimaan dan penolakkan yang tidak patut mengenai keterangan.

No comments:

Post a Comment